Aku mendongak kepalaku ke langit, mendung semendung hatiku ini. Lalu mata ini aku kembalikan kearah Lenovo kesayanganku. Hanya satu perkataan bisa mengambarkan hatiku saat ini,
'KOSONG..'
*********
'' Kinah, sini kejap phone kau, aku nak tengok"
"Nak buat apa?'' hatiku agak berat untuk memenuhi permintaan Zahra kala itu... Aku sudah mengagak apa yang ingin dilakukannya.
"Sini la kejap...."
"Nah..."Lenovoku kini bertukar tangan...
'Zahra, tolong la jangan check apa-apa' detik hatiku.
Diam
"Kinah...."ucapnya kepadaku.... mukanya kini sudah memandang lantai..Merah padam, mungkin dia sedang marah dan kecewa... Aku sangat pasti..
"ermm.."
"Kan kau dah janji dengan aku dulu..... tak nak bermesej dengan ikhwan" suaranya bergetar kala itu, aku tahu Zahra amat kecewa dengan diriku kini.
"Susah.." hanya satu perkataan yang dapat aku ungkapkan.
"Aku tahu, sebab tu lah aku pesan awal-awal lagi dekat kau...sebab aku tahu, bila dah mula berhubungan dengan ikhwan memang susah nak berhenti... Kinah, aku tahu.. Aku pernah rasa..Kau kena cuba...sekurang-kurangnya ada usaha."
Aku hanya diam.... Zahra masih memegang Lenovoku... entah apa yang sedang dilakukannya saat iu aku pun tidak tahu....
"Nah ... aku dah beritahu dia.." Zahra menyuakan Lenovoku kembali..
Hah..!!
Laju tangan aku membuka account muka buku milikku..dan terus menyentuh icon messenger....
"Maaf, ini mesej terakhir dari saya....lepas ni kita jangan bermesej lagi,...benda yang kita buat ni salah...saya harap awak faham.."
tertera ayat yang ditulis Zahra kepada ikhwan itu sebagai mewakili diriku..
Terasa amat berat perkara yang sedang aku tanggung ini.... Ikmal Haziq,lelaki yang aku kenal sejak 2 tahun yang lalu iaitu classmate aku dan satu-satunya ikhwan yang dapat memiliki hati aku.
"Zahra, kenapa kau buat ni, sampainya hati kau.."
"Kinah.... Kau nak tahu kenapa aku buat semua ni.? "
Aku mengangguk dalam tangisan..
"Aku buat semua ini kerna CINTA"
terus bahuku dirangkulnya erat...
Kerna Cinta SAHABATKU
************
Peristiwa setahu yang lalu menari-nari di ingatanku...
Senyum
Terima kasih Zahra sebab bantu aku...
Akan aku isi kekosongan ini dengan Cinta Ilahi
13 Rabiul Awwal
6.24 pm

No comments:
Post a Comment